Video Trailer Pertama Untuk Filem Berasaskan Permainan Assassin’s Creed Diterbitkan

Video Trailer Pertama Untuk Filem Berasaskan Permainan Assassin’s Creed Diterbitkan

Diterbitkan pada Mei 12, 2016 oleh .

Assassin’s Creed merupakan salah satu permainan video popular yang diterbitkan oleh Ubisoft dan mempunyai peminatnya tersendiri di seluruh dunia. Dengan kejayaan permainan video berkenaan, ia kini turut dibawa kepada pawagam melalui filem pertama mereka yang dijadualkan ditayangkan pada penghujung 2016 ini.

Melalui video promosi pertama ini, ia memperlihatkan pelbagai rakaman yang selari dengan siri permainan berkenaan dan turut membawakan beberapa elemen daripada permainan berkenaan.

Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 21 Disember 2016 ini. Memandangkan tiada sebarang permainan baru dibawah tajuk Assassin’s Creed yang hadir untuk tahun ini, mungkin filem ini bakal mengisi kekosongan tersebut.


TIPS & ULASAN