Cari @ Amanz

Pada hari ini peranti terkini dari Apple iaitu iPhone SE telah mula dijual di pasaran tempatan. Pengguna bukan sahaja boleh mendapatkannya terus dari Apple, malah dari syarikat telekomunikasi tempatan. U Mobile seperti biasa hadir dengan tawaran yang menarik, menawarkannya secara ansuran dengan bayaran bulanan sebanyak RM 58.

Seperti biasa kebanyakan pembelian peranti baru melalui syarikat telekomunikasi memerlukan pengguna membayar bayaran pendahuluan. Seperti contoh, pengguna boleh memilih iPhone SE 16GB yang ditawarkan oleh U Mobile pada harga rendah iaitu RM 1,425 dan membayar bayaran pendahuluan sebanyak RM 360 yang akan direbatkan semula kedalam akaun pengguna selama 24 bulan. Ini menjadikan bayaran bulanan pelan i60 sebanyak RM 45 sebulan.

Sekiranya pembayaran pendahuluan merupakan satu kekangan, U Mobile turut menyediakan UPackage bagi membolehkan pengguna memiliki iPhone SE. Melaluinya, pelanggan pascabayar sama ada pelanggan baru atau yang sudah lama melanggan hanya perlu hadir ke cawangan U Mobile yang berdekatan dan membawa bersama bil pascabayar selama tiga bulan yang terkini. Pelanggan hanya perlu memilih jenis iPhone yang manakah dan juga jenis iPlan yang ingin dilanggani. Pembayaran haruslah dibayar menerusi kad kredit secara Auto Debit untuk melakukan bayaran ansuran bulanan.

UMC iPhone SE

Bagi pengguna yang tidak mempunyai kad kredit, terdapat juga skim bayaran ansuran menerusi U MicroCredit. Pengguna hanya perlu mengisi borang sama ada secara atas talian melalui laman web mereka atau hadir ke cawangan U Mobile terdekat. Pengguna juga perlu menyediakan maklumat seperti kad pengenalan, salinan penyata KWSP untuk tiga bulan yang terkini dan juga penyata akaun bank. Sekiranya layak, pengguna akan diberitahu dan boleh memilih jenis iPhone yang diinginkan, pelan talian yang mahu dimiliki serta kadar faedah dan tempoh pembayaran semula. Menariknya menerusi pilihan ini, pelanggan hanya perlu membayar kadar ansuran RM 58 sebulan.

Advertorial daripada U Mobile.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd