Easter Egg Uncharted 4 Ini Khas Untuk Rakyat Malaysia

Easter Egg Uncharted 4 Ini Khas Untuk Rakyat Malaysia

Diterbitkan pada Mei 12, 2016 oleh .

Sebelum memulakan pembacaan harus kami ingatkan artikel ini mempunyai sedikit spoiler. Sekiranya anda belu memiliki Uncharted 4 : A Thief’s End ataupun belum melepasi bab 3 permainan ini kami sarankan anda berhenti membaca selepas perenggan di bawah. Sekali lagi kami ingatkan artikel ini mengandungi spoiler kecil.

Uncharted-4-easter-egg-1

Bab 3 Uncharted 4 bertajuk A Malaysian Job. Selepas selesai menaikkan treler dari dasar sungai, anda akan diberikan fail tentang sebuah lokasi kapal karam di perairan Malaysia. Salah sebuah dokumen yang diberikan boleh dilihat dan terdapat nombor telefon seorang individu bernama Hasnul Hadi. Dial nombor yang diberikan dan tunggu sehingga anda memasuki peti pesanan suara untuk mendapatkan mesej ringkas dari Hasnul Hadi, Pengarah Bahagian Kandungan Kreatif & Teknologi di MDEC. Mengapa nombor ini wujud dan kenapa beliau dipilih? Beliau terlibat dalam memastikan penglibatan Passion Republic dalam penghasilan objek harta karun di dalam Uncharted 4.

Easter egg ini kami rasakan adalah unik kerana ditujukan khas kepada rakyat Malaysia. Kesemua easter egg yang wujud pada permainan lain boleh diakses oleh pemain dari seluruh dunia. Terasa sedikit istimewa apabila menemui easter egg yang hanya boleh diakses di luar permainan ini. Adakah anda sudah memiliki permainan ini? Sekiranya ya apakah pendapat anda tentang pengembaraan terakhir Nathan Drake?

Uncharted-4-easter-egg-2

Terima kasih @TheVisitorQ untuk tip ini.


TIPS & ULASAN