Cari @ Amanz

WhatsApp telah memperkenalkan perkongsian dokumen pada bulan Mac lepas, yang mana memudahkan para pengguna untuk berkongsi dokumen melaluinya. Ketika pengenalan, ia hanya terhad kepada dokumen berbentuk PDF sahaja, tetapi kini pihak WhatsApp telah menambah pelbagai jenis format dokumen lain secara berperingkat.

WhatsApp Dokumen

Pada hari ini, pengguna yang menggunakan WhatsApp sudah boleh menghantar dokumen Word, Excel dan PowerPoint melalui aplikasi WhatsApp, selain daripada sokongan fail berbentuk PDF dan juga TXT. Setiap fail diterhadkan kepada saiz maksimum 100MB sahaja.

Ini sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk berkongsi sesuatu dokumen dengan rakan sekerja. Apatah lagi dengan pengenalan perisian untuk Windows dan Mac, ia mungkin akan digunakan secara lebih aktif dikalangan pengguna didalam pejabat.

Untuk menghantar dokumen, anda hanya perlu tap pada ikon menghantar media, dan seterusnya tap pada ikon Documents. WhatsApp turut dijangka menambah sokongan penghantaran fail arkib ZIP tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd