Evernote Kini Menyokong Integrasi Dengan Google Drive

Evernote Kini Menyokong Integrasi Dengan Google Drive

Diterbitkan pada Mei 13, 2016 oleh .

Aplikasi Evernote amat berguna untuk menyimpan idea yang muncul di dalam kepala dan menghasilkan senarai penting untuk kegunaan peribadi. Aplikasi popular ini kini menyokong integrasi Google Drive bagi memudahkan perkongsian fail berkaitan dengan nota yang dihasilkan.

Evernote Google DriveTerdapat sokongan thumbnail untuk setiap fail yang dikongsi. Sistem pencarian fail secara yang disimpan di dalam Google Drive secara terus menerusi Evernote turut disertakan. Setiap fail yang dikongsi turut akan diselaraskan dengan versi paling terkini sekiranya suntingan dilakukan pada Google Drive. Fungsi ini boleh digunakan bermula hari ini dan anda hanya perlu melakukan kemas kini aplikasi kepada versi terkini.


TIPS & ULASAN