Samsung Galaxy Tab A 10.1 2016 Dilancarkan

Samsung Galaxy Tab A 10.1 2016 Dilancarkan

Diterbitkan pada Mei 13, 2016 oleh .

Samsung melancarkan Galaxy Tab A 10.1 2016 secara rasmi di Jerman. Tablet ini mempunyai skrin 10.1″ TFT PLS 1920 x 1200 pixel, pemproses 1.6 GHz Exynos 7870, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Muatan dalaman boleh ditambah menggunakan kad MikroSD sehingga 200 Gigabyte. Dari segi optik, kamera utama ialah sebesar 8 Megapixel f/1.9 dan kamera hadapan 2 Megapixel f/2.2. Bateri 7300mAh disertakan sebagai sumber kuasa.

Samsung-Galaxy-Tab-A-10.1Peranti menggunakan sistem operasi Android 6.0 dengan pelancar TouchWiz. Versi WiFi dan selular dihasilkan dengan pilihan warna hitam serta  putih. Ia akan mula dijual bulan hadapan di Eropah. Harga jualan ialah €289 (~RM 1225) untuk versi WIFi dan €349 (~RM 1600) untuk versi selular.


TIPS & ULASAN