Pocket Memperkenalkan Pemalam Untuk Microsoft Edge

Pocket Memperkenalkan Pemalam Untuk Microsoft Edge

Diterbitkan pada Mei 13, 2016 oleh .

Pocket merupakan salah satu perkhidmatan dan aplikasi yang berguna bagi memudahkan anda menyimpan artikel, pautan dan sebagainya untuk diakses atau dibaca pada kemudian masa. Mereka sedia menawarkan aplikasi untuk beberapa platform, selain pemalam untuk pelayar web. Terkini, mereka memperluaskan penawaran dan menerbitkan pemalam untuk Microsoft Edge.

Pocket

Pemalam ini boleh digunakan oleh mereka yang menjalankan Windows Insider Preview sebagai sistem operasi utama, dan boleh digunakan secara meluas oleh semua pengguna selepas mengemaskini kepada Windows 10 Anniversary Update yang dijangka hadir pada bulan Julai kelak.

Menggunakan pemalam ini, pengguna boleh menyimpan sebarang halaman yang sedang dilayari dengan hanya klik pada butang Pocket, ataupun menggunakan menu pada klik-kanan.

Jika anda menggunakan Windows Insider, anda boleh memuat-turun dan menggunakan pemalam Pocket pada pelayar web Microsoft Edge.

Muat-Turun Pocket untuk Microsoft Edge[/info]


TIPS & ULASAN