Hyundai Memperlihatkan Eksorangka Yang Memberikan Tenaga Tambahan Kepada Manusia

Hyundai Memperlihatkan Eksorangka Yang Memberikan Tenaga Tambahan Kepada Manusia

Diterbitkan pada Mei 13, 2016 oleh .

Tidak lama sebelum ini, kita telah melihat Panasonic hadir dengan penawaran eksorangka mereka tersendiri, dan terkini Hyundai turut memperlihatkan penawaran mereka.

Hyundai Eksorangka

Melalui apa yang ingin ditawarkan oleh Hyundai, mereka lebih menyasarkan kepada penggunaan didalam kilang yang membolehkan manusia mengangkat barangan yang lebih berat menggunakannya. Disamping itu, eksorangka sama juga turut boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan ataupun untuk kegunaan pemulihan sekiranya mengalami kecederaan.

Versi baru eksorangka daripada Hyundai ini dikatakan lebih ringan berbanding dengan protaip sebelum ini. Info lanjut mengenainya masih samar-samar buat masa ini, tetapi ia agak menarik untuk melihat perkembangannya dalam masa setahun dua ini. Selain Hyundai dan Panasonic, pelbagai syarikat lain turut menyertai arena sama terutamanya dalam membantu di sektor pembuatan.


TIPS & ULASAN