Cari @ Amanz

Asus mempunyai pelbagai variasi telefon pintar dibawah keluarga Zenfone, dan paling terkini, mereka telah memperkenalkan Asus Zenfone Go TV yang mana hadir dengan sokongan TV Tuner terbina untuk membolehkan anda menonton televisyen dimana-mana.

Asus Zenfone Go TV

Telefon yang boleh menerima siaran televisyen bukan sesuatu yang baru, tetapi terdapat pelbagai pengeluar yang menawarkannya. Ia beroperasi menggunakan antenna berasaskan headphone – sama seperti ketika anda menggunakan aplikasi radio FM.

Zenfone GO TV ini boleh menyokong siaran DB-T, DB-T2, ISDB-T dan ISDB-Tmm melalui cip terbina padanya. Ini menjadikan ia sesuai untuk digunakan di beberapa buah negara, dan tidak disesetengah yang lain.

Ia tidak diketahui sama ada Asus akan memasarkan ia diluar Taiwan ataupun sebaliknya – apatah lagi dengan mereka bakal memperkenalkan Asus Zenfone 3 pada awal bulan Jun 2016 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd