Cari @ Amanz

Sejak daripada beberapa hari yang lepas, beberapa pengguna telah melaporkan mengenai kehilangan lagu mereka yang telah dimuat-turun dari iTunes apabila mengaktifkan Apple Music. Kini, Apple sendiri mengesahkan masalah berkenaan secara rasminya.

Apple Music

Menurut Apple, mereka masih kurang pasti berkenaan apakah yang membawa kepada masalah ini, tetapi mereka akan mengeluarkan patch untuk iTunes pada minggu hadapan untuk mengatasi masalah ini.

Sebelum ini, beberapa pengguna kehilangan puluhan atau ratusan muzik yang telah dimuat-turun dari iTunes dan digantikan dengan versi Apple Music.

Bagi anda yang menggunakan iTunes dan Apple Music, adakah anda mengalami sebarang masalah yang menghilangkan lagu anda?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd