Microsoft Akan Menyertakan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Windows 10 Mobile

Microsoft Akan Menyertakan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Windows 10 Mobile

Diterbitkan pada Mei 14, 2016 oleh .

Fungsi pengimbas cap jari telah menjadi salah satu fungsi yang kini biasa dilihat pada pelbagai peranti, termasuk pada peranti berharga sekitar RM500. Dengan penggunaan sokongan pengimbas cap jari yang meluas, Microsoft turut tidak ketinggalan dan bakal menyertakan ia untuk Windows 10 Mobile.

Microsoft bakal menyertakan sokongan tersebut pada Windows 10 Mobile melalui kemaskini Windows 10 Anniversary Update yang dijadualkan pada penghujung Julai 2016 kelak.

Windows 10 Malaysia

Pada hari ini, sokongan pengimbas cap jari telah sedia disokong pada komputer, dan dengan penyelarian pelbagai fungsi Windows 10 diantara saiz peranti berbeza, mungkin ini sesuatu yang telah dijangka.

Penyertaan fungsi ini juga mungkin memperlihatkan beberapa peranti Windows 10 Mobile dengan penggunaan pengimbas cap jari turut diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN