Cari @ Amanz

Activision Blizzard Akan Mula Menyiarkan Perlawanan eSukan Melalui Facebook

Oleh Aman

Link Copied!

Arena e-sukan kini merupakan salah satu arena yang menerima fokus ramai pihak, termasuk stesen televisyen selain pelbagai jenama terkemuka. Penerbit permainan turut tidak ketinggalan, dan terkini ia dilihat Activission Blizzard akan lebih memfokuskan dan menawarkan siaran langsung untuk permainan mereka dibawah arena e-sukan.

Seperti ramai sedia maklum, Activision Blizzard telah mengambil-alih MLG sebelum ini dalam memperkukuhkan kedudukan mereka dalam arena e-sukan.

Activision Blizzard

Terkini, dalam membawa siaran e-sukan kepada pengguna, Activision Blizzard dilihat tidak akan membuat sebarang web berasingan – tetapi akan menggunakan platform Facebook untuknya.

Activision Blizzard dikatakan akan menggunakan sokongan Facebook Live, sekaligus membolehkan pengguna menikmati siaran langsung e-sukan tanpa perlu ke laman atau menggunakan aplikasi berasingan.

Mereka dijangka akan memulakan siaran untuk e-sukan mereka melalui Facebook Live bermula bulan Jun ini untuk acara e-sukan Call of Duty : Black Ops. Lanjutan daripada itu, mereka turut dijangka akan menyediakan kemaskini harian melalui laman Facebook MLG pada masa akan datang yang berkongsi pelbagai info semasa arena e-sukan.

Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak syarikat menggunakan platform Facebook dalam melakukan siaran langsung – bukan setakat e-sukan sahaja, tetapi meliputi pelbagai jenis kandungan lain.


Komen ()