ZTE Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Terbaru, Axon 7 Pada 26 Mei
ZTE

ZTE Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Terbaru, Axon 7 Pada 26 Mei

Diterbitkan pada Mei 15, 2016 oleh .

ZTE pada tahun lepas telah memperkenalkan keluarga telefon pintar flagship baru dengan nama Axon. Kini, hampir selang setahun, ZTE sudah dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon pintar generasi seterusnya dibawah keluarga yang sama.

Berbeza dengan penggunaan angka versi seterusnya, ZTE dilihat melangkaui penggunaan angka 2 hingga 6, dan akan memanggil siri telefon pintar berikutnya sebagai ZTE Axon 7.

Mengikut apa yang tertiris berkenaan ZTE Axon 7, ia dikatakan akan menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan Quad-HD, cip pemprosesan Snapdragon 820, memori 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 3140mAh.

Telefon pintar ini dijangka menggunakan kamera belakang 20-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Seperti kebanyakkan telefon pintar terkini, ZTE Axon 7 bakal menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow padanya.

ZTE menjadualkan acara pengenalan Axon 7 ini pada 26 Mei 2016 kelak, dan mungkin kita akan melihat pelbagai penawaran fungsi baru pada telefon pintar berkenaan ketika acara rasminya kelak.


TIPS & ULASAN