Facebook Reactions membolehkan anda memberikan reaksi berpatutan kepada status dan berita yang dimuat naik di laman media sosial ini. Enam emoticon diberikan dan ini menurut Facebook akan memberikan anda ruang lebih besar untuk menunjukkan reaksi kepada kandungan yang dilihat. Polis Belgium menasihatkan pengguna supaya tidak menggunakan fungsi ini sekiranya mereka menghargai privasi mereka.
Menurut mereka penggunaan enam emoticon dan satu butang Like ini dikumpul oleh Facebook sebagai data untuk memudahkan pengiklanan. Mereka akan mengetahui apakah berita yang anda suka, produk yang anda dambakan dan bilakah masa paling afdal untuk mempamerkan iklan berkaitan ke dalam susur masa anda. Sekiranya anda tidak mahu data anda digunakan oleh Facebook, ada baiknya anda mengelakkan pengguna Facebook Reactions secara serta merta.
Facebook ialah laman yang beroperasi secara “percuma” dan Facebook kemudian menggunakan data pengguna untuk kegunaan dalaman. Taktik ini sebenarnya bukannya baru dan sebenarnya turut digunakan oleh perkhidmatan “percuma” yang lain. Jadi terpulang kepada pengguna untuk membenarkan sebanyak mana data peribadi boleh digunakan oleh laman tertentu.