Peranti Asus Tidak Akan Lagi Menggunakan Pemproses Intel

Peranti Asus Tidak Akan Lagi Menggunakan Pemproses Intel

Diterbitkan pada Mei 15, 2016 oleh .

Peranti keluarga Asus Zenfone 2 mungkin adalah yang paling sinonim dengan pemproses Intel Atom. Pemproses ini memberikan kuasa memproses yang hampir setanding dengan pemproses Snapdragon tetapi pada tanda harga yang lebih rendah. Namun ia tidak berapa mendapat sambutan dari pengeluar lain yang lebih gemar memilih pemproses buatan Qualcomm dan MediaTek.

Asus-Zenfone-Zoom-WhiteJerrry Shen, CEO ASUS mengesahkan kesemua peranti Asus yang bakal dikeluarkan tidak akan menggunakan pemproses Intel. Sebaliknya 90% akan menggunakan pemproses Qualcomm dan selebihnya pemproses dari MediaTek. Ini bukanlah berita yang mengejutkan kerana Intel sendiri membatalkan pembangunan pemproses mudah alih Broxton dan SoFIA mereka. Apakah pemproses yang bakal digunakan pada Zenfone 3 yang akan dilancarkan bulan hadapan? Persoalan ini akan terjawab hanya beberapa minggu dari sekarang.


TIPS & ULASAN