Xiaomi Yi 4K Dilancarkan – Pesaing Untuk GoPro Dengan Sokongan 4K

Xiaomi Yi 4K Dilancarkan – Pesaing Untuk GoPro Dengan Sokongan 4K

Diterbitkan pada Mei 15, 2016 oleh .

Raja kamera aksi tidak lain dan tidak bukan ialah GoPro. Kamera aksi ini sangat boleh diandalkan sehingga digunakan untuk rakaman aksi lasak di dalam filem Hollywood The Martian. Takhta ini mungkin akan menerima saingan dari Xiaomi kerana mereka baru sahaja melancarkan kamera aksi Xiaomi Yi 4K.

Xiaomi yi 4K kamera 2Kamera ini dilengkapi dengan sensor 12 Megapixel IMX377 f/2.8 buatan Sony dengan lensa sudut lebar 155 darjah serta sokongan OIS enam paksi.  Pada panel belakang terdapat skrin sesentuh sebesar 2.19 inci. Ia mampu merakam pada video pada resolusi 4K 30 FPS,  2.5K 30 FPS, 1440P 60 FPS, 1080P 120 FPS dan 720P 240 FPS.  Bateri sebesar 1400 mAH digunakan dan ini mampu memberikan tempoh rakaman 4K selama 2 jam. Kamera ini turut menyokong WiFi 2.4GHz dan 5.0GHz serta tambatan Bluetooth 4.0. Terdapat tiga pilihan waran iaitu hitam, putih dan emas merah jambu. Harga jualan pula ialah RMB 1199 (~RM 740) sebuah.


TIPS & ULASAN