Aplikasi Facebook Bakal Menyokong Penstriman Video Ke Chromecast

Aplikasi Facebook Bakal Menyokong Penstriman Video Ke Chromecast

Diterbitkan pada Mei 15, 2016 oleh .

Kami memiliki Google Chromecast dan peranti kecil ini adalah pembelian paling berbaloi yang pernah kami lakukan. Televisyen LED kami yang “bodoh” secara automatik menjadi pintar dengan hanya memasang Chromecast. Kami dapat menonton video YouTube, Netflix, iFlix , Vine dan memaparkan skrin peranti Android terus ke TV. Facebook kini nampaknya akan menyokong Chromecast dalam masa terdekat.

Facebook-Chromecast-1Pada aplikasi versi Beta, kini terdapat butang Google Cast pada pemain video. Kepada mereka yang ingin menonton video Facebook pada skrin lebih besar, fungsi ini pastinya dinantikan. Buat masa ini hanya beberapa pengguna Beta dapat melihat butang ini. Apabila ia ditekan ia akan mencari Chromecast terhampir tetapi video masih belum dapat dimainkan. Hanya logo Facebook akan terpapar pada skrin TV apabila mod ini diaktifkan buat masa ini. Ini ialah strategi yang baik dari Facebook untuk menjadikannya pesaing kepada YouTube sebagai laman penstriman video nombor satu dunia.


TIPS & ULASAN