Tatu Sementara Ini Mengesan Alahan Mee Soba Untuk Pelancong Di Jepun

Tatu Sementara Ini Mengesan Alahan Mee Soba Untuk Pelancong Di Jepun

Diterbitkan pada Mei 16, 2016 oleh .

Kami mempunyai masalah alahan terhadap makanan laut. Selepas memakan udang dan sotong mata akan mula berair. Kulit mula menampakkan ruam dan bersin tidak berhenti akan mula menyerang tubuh. Ini ialah alahan kecil yang tidak membawa kerosakan masa panjang. Tetapi terdapat alahan yang boleh mengakibatkan maut. Contoh paling ekstrem ialah alahan terhadap kacang yang menyebabkan radang salur pernafasan sehingga membuatkan kematian kerana gagal bernafas.

Tatu-sementara-SOBA-alahan-2Di Jepun ada sejenis alahan yang kurang diketahui tetapi turut boleh membawa maut. Mee Soba mengandungi gandum yang mengakibatkan alahan ke atas 0.03% manusia yang menjurus kepada kejutan anafilaksis. Bagi mengelakkan kejadian ini berlaku kepada pelancong di Hokkaido, tatu sementara yang akan mengesan alahan sebelum mereka mencuba makanan popular ini. Tatu sementara bertemakan rekaan tradisional ini diletakkan pada kulit. Sekiranya anda mempunyai alahan, kawasan tertentu kulit akan berubah menjadi warna merah dan membuatkan tatu kelihatan lebih menarik. Sekiranya anda ke Hokkaido sila cuba dahulu tatu sementara ini. Lebih baik pastikan anda tidah alah kepada mee soba bagi mengelakkan percutian anda terganggu kerana perlu ke hospital.


TIPS & ULASAN