Dron yang wujud di pasaran sekarang memerlukan permukaan yang rata untuk mendarat. Di Universiti Stanford sebuah dron dihasilkan yang mampu mendarat pada permukaan dinding dan siling seperti seekor serangga. Dron quadrotor ini menggunakan sistem microspines yang berfungsi seakan permukaan tapak kaki seekor cicak. Apabila mendarat, microspines akan mencengkam permukaan dengan kuat dan menahan berat dron.
Kenapakah dron seperti serangga ini dicipta? Ia dibangunkan bagi memberikan kemampuan dron untuk menjadi alat intipan jangka masa panjang. Apabila tiba di kawasan intipan ia akan mendarat dan memberikan penstriman video selama berjam-jam. Usai misi ia terbang semula ke pangkalan untuk dicaj. Ia turut mempunyai fungsi untuk kegunaan awam seperti melakukan pemeriksaan struktur bangunan dan kamera pemerhati haiwan liar apabila mendarat di batang pokok.