Flash merupakan salah satu jenama dibawah Alcatel sebelum ini, dan kini beroperasi secara berasingan. Peranti utama baru dibawah jenama berkenaan akan diperkenalkan secara rasminya esok, iaitu pada 17 Mei 2016. Menariknya, ia turut akan memasuki pasaran tempatan dengan pantas, iaitu selang seminggu selepas pelancaran globalnya.
Flash Plus 2 ini bakal membawakan rekaan kerangka logam, selain turut menyertakan sokongan pengecasan pantas. Ia telah dikatakan sebelum ini yang mana ia akan menawarkan pengecasan sehingga tiga kali ganda lebih pantas berbanding pengeluar lain di pasaran. Flash Plus 2 ini juga bakal dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P10.
Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai telefon pintar ini pada pelancaran rasminya esok, yang bakal ditayangkan secara langsung melalui web sekitar pukul 4 petang. Pelancaran rasminya di Malaysia pula dijadualkan pada 24 Mei 2016 kelak dan bakal ditawarkan bersama-sama pihak Lazada.
https://www.youtube.com/watch?v=CfgviCjtvg0