Aspire S13, Aspire R15, Aspire E Dan F Turut Dilancarkan Di Malaysia

Aspire S13, Aspire R15, Aspire E Dan F Turut Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 16, 2016 oleh .

Selain Switch Alpha 12 ,Acer turut melancarkan empat komputer tablet  dan riba untuk pasaran Malaysia hari ini. Acer Aspire S 13, Asprie R15, Aspire E dan Aspire F ialah peranti yang dilancarkan hari ini. Kita mulakan dengan Aspire S13  yang merupakan komputer ultrabook yang hanya seberat 1.3 kilogram. Ia dilengkapi skrin 13.3″ IPS bukan sesentuh dengan resolusi HD penuh, pemproses Intel Core i5-6200U, RAM sebesar 4/8 Gigabyte DDR3L dan storan dalaman 128/256 Gigabyte SSD. Komputer riba ini menggunakan Windows 10 Home 64 bit. Dari segi bateri Acer berkata S13 mampu digunakan sehingga 11 jam. Harga jualan bermula dari RM 2799 sebuah.

Acer Aspire S13 2016

Seterusnya ialah komputer tablet 2 dalam 1 Aspire R15. Komputer ini mempunyai skrin sesentuh 15.6″ IPS dengan resolusi HD penuh, pemproses Intel Core i5-6200U, RAM sebesar 4 Gigabyte DDR4 dan storan dalaman 1 Terabyte HDD. Skrin R15 boleh dilipat 360 darjah untuk menjadikannya sebuah tablet dan ia adalah seberat 2.2 kilogram. Komputer tablet ini menggunakan Windows 10 Home 64 bit. Dari segi bateri pula ia dikatakan mampu digunakan sehingga 9 jam. Harga jualan pula ialah RM 2999 sebuah.

Acer Aspire R15

Aspire F15 pula ialah komputer riba dengan skrin 15.6″ HD penuh bukan sesentuh.  Terdapat dua pilihan pemproses iaitu Intel Core i5-6200U dan i7-6500U. Ia turut dilengkapi RAM sebesar 4 Gigabyte DDR4, storan dalaman 128 GB SSD + 1 TB HDD. Kad grafik juga disertakan dengan pilihan Nvidia GeForce 940 MX 4GB GDDR5 dan GeForce 940M 4GB GDDR5. Model dengan pemproses Intel Core i7 menggunakan kad grafik yang lebih berkuasa dan bateri yang mampu bertahan sehingga 12 jam. Model dengan Intel Core i5 mempunyai bateri yang hanya mampu bertahan selama 8 jam. Dari segi harga pula Acer Aspire F 15 dijual pada harga bermula RM 2699 sebuah.

Acer Aspire F15

Akhir sekali ialah dua model Aspire E iaitu E14 dan E15. Aspire E14 hadir dengan skrin 14″ bukan sesentuh dengan resolusi 1366×768 pixel, pemproses Intel Core i5-6200U, RAM sebesar 4 Gigabyte DDR4 dan storan dalaman 1 Terabyte HDD. Terdapat dua pilihan kad grafik iaitu Nvidia Geforce 940MX 2 GB GDDR5 dan GeForce 940MX 4 GB GDDR5. Bateri dikatakan mampu bertahan selama 8 jam dan komputer riba ini dijual pada harga bermula RM2199.

Acer Aspire E14

Aspire E15 pula mempunyai skrin 15.6″ HD penuh bukan sesentuh, pemproses  Intel Core i5-6200U, RAM sebesar 4 Gigabyte DDR4 dan storan dalaman sebesar 1 Terabyte HDD. Kad grafik Nvidia Geforce 940MX 4 GB GDDR5 disertakan. Dari segi bateri ia sama seperti Aspire E14 dan mampu bertahan selama 8 jam. Harga jualan pula ialah RM 2399.

Kesemua komputer riba ini dilengkapi dengan port USB-C  bagi memberikan kadar pemindahan data yang tinggi dan mula dijual di Malaysia bermula minggu ini.

 


TIPS & ULASAN