Acer Switch Alpha 12 Dengan Sokongan Penyejukan Cecair Dilancarkan Di Malaysia – Bermula RM2499

Acer Switch Alpha 12 Dengan Sokongan Penyejukan Cecair Dilancarkan Di Malaysia – Bermula RM2499

Diterbitkan pada Mei 16, 2016 oleh .

Acer Malaysia hari ini telah memperkenalkan beberapa produk baru untuk pasaran tempatan, dan salah satu yang mencuri perhatian ramai adalah Acer Switch Alpha 2. Ia merupakan komputer riba dua-dalam-satu pertama daripada Acer yang hadir dengan sokongan penyejukan cecair.

Acer Switch Alpha 12 hadir dengan skrin 12-inci dengan paparan resolusi QHD. Ia dijana menggunakan cip pemprosesan intel Core. Seperti biasa, ia hadir dengan beberapa pilihan – termasuk pilihan cip Intel Core geneasi ke-enam, penggunaan memori bermula 4GB RAM dan ruangan storan SSD bermula 128GB.

Acer Switch Alpha 12

Dengan rekaan dua-dalam-satu, ia membolehkan pengguna menanggalkan ia dan guna sebagai tablet, atau menghubungkan dan mengaktifkan kickstand untuk digunakan sebagai komputer riba.

Komputer riba ini turut menggunakan pelbagai teknologi baru, termasuk USB Type-C, serta Acer LiquidLoop yang membolehkan penyejukan berasaskan cecair dan operasi komputer tanpa mengeluarkan bunyi. Acer Switch Alpha 2 ini dikatakan menawarkan masa penggunaan sehingga 8-jam lamanya.

Tidak seperti Surface, papan kekunci boleh tanggal dan stylus disertakan sekali dengan setiap pembelian. Sungguhpun begitu hanya papan kekunci dengan versi i7 mempunyai kekunci berlampu. Pihak Acer tidak mempunyai perancangan menjual papan kekunci berlampu ini dengan model Switch 12 yang lain ataupun menjualnya sebagai aksesori berasingan. Switch 12 juga tidak boleh menggunakan Type Cover Surface yang dijual oleh Microsoft.

Di Malaysia, ia akan ditawarkan pada harga bermula RM2499 untuk model Intel Core i3, memori 4GB RAM dan ruangan storan 128GB. Model Intel Core i5, memori 8 GB RAM dan ruangan storan 256 GB SSD dijual pada harga RM 3499. Akhir sekali model intel Core i5, memori 8 GB RAM dan ruangan storan 256 GB SSD pula dijual pada harga RM 4499. Ketiga-tiga model akan mula dijual di Malaysia bermula minggu hadapan.


TIPS & ULASAN