Obsesi kepada ketipisan peranti ini bermula di dalam industri peranti pintar. Setiap tahun akan wujud peranti yang mengatakan merekalah yang paling nipis walaupun perbezaan adalah terlalu kecil untuk disedari dengan mata kasar. Acer R1 ialah monitor komputer yang turut mempunyai obsesi dengan kenipisan. Bahagian skrin utamanya hanya setebal 6.6 mm dan ini ialah lebih nipis jika dibandingkan dengan majoriti peranti pintar di pasaran sekarang.
Terdapat tiga pilihan saiz skrin iaitu 21.5″, 23.8″ dan 27″. Ketiga-tiganya menggunakan teknologi IPS LCD dengan resolusi HD penuh dan nisbah skrin 16:9. Keunikan Acer R1 selain profil yang ramping ialah penggunaan teknologi Zero Bazel yang membuatkan ia mempunyai bingkai skrin yang amat kecil. Spesifikasi lain monitor ini ialah refresh rate 60 Hz, keterangan250 nits, contrast ratio 10000000 : 1 dan response time 4 milisaat. Dari segi sambungan ia menyokong kabel HDMI, DVI dan VGA sahaja. Harga jualan versi 21.5″ ialah RM 479, versi 23.8″ ialah RM 649 dan versi 27″ ialah RM899.