Sebuah lagi rombakan besar dilakukan oleh Sony pada bahagian peranti pintar Xperia mereka. Sebelum ini mereka mengesahkan keluarga Xperia Z akan dihentikan dan digantikan oleh peranti keluarga Xperia X. Kini mereka akan menumpukan perhatian kepada Xperia X sehingga 2018. Ini bermakna peranti keluarga Xperia C dan M akan dihentikan.
Sebelum ini gambar sebuah peranti yang dikatakan adalah Xperia C6 Ultra besar kemungkinan akan dijenamakan semula kepada Xperia X Ultra. Apa yang dilakukan oleh Sony ini adalah langkah untuk mengurangkan jumlah produk dan sekaligus mengelakkan kekeliruan di kalang pengguna. Bahagian mobil Sony masih belum menunjukkan keuntungan. Mungkin ini caranya untuk menaikkan semula nama Sony Xperia dan sekaligus mengelakkannya dari pupus. Apa pula pendapat anda?