Jarvis – Bot Facebook Messenger Yang Memudahkan Anda Mengingatkan Sesuatu

Jarvis – Bot Facebook Messenger Yang Memudahkan Anda Mengingatkan Sesuatu

Diterbitkan pada Mei 16, 2016 oleh .

Facebook telah memperkenalkan sokongan bot pada platform Messenger mereka tidak lama sebelum ini. Lanjutan daripadanya, beberapa bot telah dibangunkan, dan salah satu menarik yang telah kami temui baru-baru ini adalah Jarvis.

Jarvis merupakan salah satu bot yang memfokuskan kepada memudahkan anda mengingati sesuatu jadual atau perkara. Memandangkan kini ramai menggunakan Facebook pada pelbagai peranti, maka Jarvis ini sangat membantu anda dalam menghantar notifikasi – tidak kira pada desktop atau pada peranti mudah-alih.

Jarvis

Jarvis beroperasi sepenuhnya daripada Facebook Messenger. Ketika permulaan, pengguna akan diperlukan untuk memberitahu lokasi semasa mereka supaya ia boleh mengenal-pasti waktu di lokasi anda.

Sebaik sahaja telah menetapkannya, pengguna akan boleh membuat peringatan menggunakan Jarvis. Sebagai contoh, anda boleh menghantar mesej kepada Jarvis supaya mengingatkan anda untuk mesyuarat esok. Seterusnya, ia akan memberikan anda peringatan dalam bentuk mesej di Facebook Messenger.

Dengan pengenalan bot seumpama ini di Facebook, mungkin kita akan melihat implementasi yang lebih menarik – dan mungkin Jarvis seumpama pada filem Iron Man pada suatu hari nanti.

Layari : Jarvis di Facebook Messenger


TIPS & ULASAN