Google Ingin Menghalang Paparan Flash Pada Chrome Dalam Langkah Memfokuskan Kepada HTML5

Google Ingin Menghalang Paparan Flash Pada Chrome Dalam Langkah Memfokuskan Kepada HTML5

Diterbitkan pada Mei 16, 2016 oleh .

Pemain media Adobe Flash merupakan antara yang popular beberapa tahun lepas, tetapi perkembangan teknologi membuatkan ia semakin kurang popular – bertambah dengan pelbagai kerentanan sekuriti disebabkannya. Beberapa pelayar web telah sedia membuatkan ia beroperasi berdasarkan permintaan pengguna, dan kini Google dilihat membawanya setapak kehadapan lagi dalam menamatkan sokongan Flash.

Adobe FlashMelalui pembangunan Chrome, Google dilihat merancang untuk menghentikan sokongan Flash, dan lebih memfokuskan kepada HTML5. Memandangkan kebanyakkan web masa kini menyokong HTML5, mungkin ia tidak memberikan kesan yang sangat serius – malah akan membuatkan para pembangun lebih membangunkan kandungan HTML5 berbanding dengan penggunaan Flash.

Pada masa kini, beberapa jenis kandungan masih bergantung kepada pemain media Flash, terutamanya yang berkaitan video, permainan dan tidak ketinggalan adalah pengiklanan. Google mengatakan mereka masih akan menyokong paparan Flash untuk 10 laman web paling popular – tetapi mereka akan memilih memaparkan kandungan HTML5 terlebih dahulu sekiranya ada dan hanya memilih Flash sebagai langkah terakhir.

Seperti biasa, pengguna masih diberi pilihan untuk mengaktifkan sokongan Flash secara manual pada pelayar web mereka, tetapi Google lebih mengalakkan penggunaan HTML5 yang lebih menjimatkan bateri berbanding penggunaan Flash.


TIPS & ULASAN