Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, Instagram telah memperkenalkan kemaskini antaramuka dan logo baru untuk para pengguna Android dan iOS. Kini, berbeza dengan sebelumnya, pihak Instagram turut menawarkan kemaskini kepada pengguna platform Windows 10 Mobile dengan pantas.

Instagram

Melalui antaramuka baru untuk Instagram ini, ia menggunakan paparan berwarna hitam dan putih, membolehkan pengguna lebih memfokuskan kepada gambar-gambar yang dikongsikan melalui perkhidmatan sosial berkenaan.

Bagi pengguna peranti Windows 10 Mobile, anda boleh kemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati antaramuka baru yang dibawakan oleh Instagram ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd