Cari @ Amanz

Google akan mengadakan acara Google I/O pada minggu ini, dan bersempena dengannya, terkini mereka mengumumkan sebuah aplikasi baru memfokuskan perkongsian dalam kumpulan, dinamakan sebagai Spaces.

Spaces

Melalui Spaces, ia memudahkan pengguna untuk berkomunikasi dan berbincang mengenai sesuatu perkara, termasuk berkongsi pautan padanya. Google mengatakan Spaces hadir dengan integrasi carian Google, YouTube dan pelayar web bagi membolehkan anda membincangkan pelbagai perkara tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan.

Pengguna boleh membuat kumpulan perbincangan baru dengan mudah pada Spaces, dan ajak rakan-rakan lain menyertainya menggunakan sebuah pautan khusus.

Aplikasi ini juga akan dieksperimen oleh Google dengan menggunakannya pada pelbagai sesi pada Google I/O kelak.

Spaces ini akan ditawarkan untuk pengguna Android, iOS dan juga pada web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd