(Ura-Ura) Twitter Tidak Akan Mengira Pautan URL Dan Gambar Di Dalam Had 140 Aksara

(Ura-Ura) Twitter Tidak Akan Mengira Pautan URL Dan Gambar Di Dalam Had 140 Aksara

Diterbitkan pada Mei 17, 2016 oleh .

Twitter ialah laman media sosial kegemaran kami sekarang kerana ianya kompak dan tidak mempunyai kandungan sepanjang cerpen seperti di Facebook. Kepada yang menggemari membaca coretan pendek ini ialah platform yang terbaik. Sungguhpun begitu platform ini masih belum dapat menyaingi raja media sosial Facebook. Ia masih belum mencatatkan keuntungan dan pelbagai taktik digunakan oleh Jack Dorsey untuk menarik pengguna.

twitter_Antara yang pernah dicadangkan ialah had 10000 aksara untuk setiap tweet yang dihantar. Ini menerima reaksi amat negatif. Kini muncul ura-ura perubahan akan dilakukan kepada bagaimana had 140 aksara akan dikira. Pautan gambar yang dimuat naik dan URL laman untuk dikongsi tidak akan dikira di dalam had 140 aksara tweet yang ditulis. Ini ialah sesuatu yang kami sebagai pengguna tegar mahukan sejak dahulu lagi. Had aksara baru ini dijangka akan diaktifkan dalam masa dua minggu. Ia dilakukan bagi menggalakkan perkongsian video dan gambar menerusi Twitter di kalangan pengguna. Nota khas kepada Jack Dorsey, sila berikan fungsi menyunting tweet yang sudah dihantar.lni ialah fungsi yang paling dimahukan pengguna sejak bertahun lamanya.

  Bacaan berkait –  7 Fungsi Twitter Yang Paling Kami Mahukan 


TIPS & ULASAN