Blade Box – Konsol Dari China Yang Menggunakan Windows 10

Blade Box – Konsol Dari China Yang Menggunakan Windows 10

Diterbitkan pada Mei 17, 2016 oleh .

Pasaran konsol hanya dibuka semula di China Jun tahun lalu selepas diharamkan sejak 2000. Pengharaman dilakukan pihak berkuasa kerana konsol dikatakan memberikan impak negatif kepada pemain khususnya golongan belia. Selain PlayStation 4 dan Xbox One, konsol-konsol tiruan kini bebas dijual di China tetapi dengan pelbagai permainan diharamkan bagi menjaga sensitiviti penduduk tempatan.

Blade-Box-Tencent-konsol-1Pasaran konsol di China dijangka berkembang dan ini menggalakkan pengeluar tempatan untuk turut mencuba menghasilkan konsol mereka sendiri. Blade Box ialah konsol yang dihasilkan oleh Tencent dengan kerjasama Haier. “Konsol” ini menggunakan sistem operasi Windows 10 dan diperkasakan oleh pemproses Intel Skylake. Seperti Steambox, permainan perlu dimuat turun namun menggunakan perkhidmatan Tencent Gaming Platfrom.

Menurut laporan Blade Box juga boleh berfungsi sebagai sebuah komputer desktop sepenuhnya. Dari segi permainan pula ia bakal menyokong permainan dari Riot Games dan Epic Games. Tencent mempunyai pegangan saham di dalam kedua-dua syarikat pengeluar permainan yang menghasilkan League of Legends dan Unreal Tournament.

Blade-Box-Tencent-konsol-2


TIPS & ULASAN