Polis Dubai Mencipta Kamera Yang Menangkap Kesalahan Memandu Di Lorong Kecemasan

Polis Dubai Mencipta Kamera Yang Menangkap Kesalahan Memandu Di Lorong Kecemasan

Diterbitkan pada Mei 17, 2016 oleh .

Kesesakan lalulintas ketika musim perayaan menjadi semakin teruk kerana kewujudan individu yang memandu di lorong kecemasan. Tindakan mereka mereka ini menyebabkan berlakunya bottleneck di kawasan lain jalan raya yang menyebabkan kesesakan bertambah. Di Malaysia pihak Polis Diraja Malaysia menggalakkan pengguna memuat naik gambar pesalah memandu di lorong kecemasan supaya memudahkan mereka disaman. Di Dubai mereka bergantung kepada teknologi ciptaan polis tempatan untuk mengakap pesalah yang sama.

kamera-lorong-kecemasan-1Kamera mini diletakkan pada bahagian tepi penghadang jalan raya. Kamera ini akan diaktifkan oleh bunyi kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan. Bukti salah laku adalah dalam bentuk video.  Setakat ini 20 kamera telah dipesan dan akan dipasang di jalan raya sekitar Dubai. Di Dubai hukuman ke atas kesalahan ini ialah denda Dirhan 600 (~RM 644), enam mata demerit dan kereta disita selama sebulan. Hukuman seberat dan serius ini harus dikuatkuasakan di Malaysia bagi mengajar pemandu yang berdegil.


TIPS & ULASAN