Cari @ Amanz

Biro Pengaduan Awam (BPA) hari ini melancarkan aplikasi Rakyat Responz bagi memudahkan rakyat Malaysia mengadu segala masalah secara terus dan pantas kepada kerajaan. Menerusi aplikasi ini anda boleh melaporkan segala jenis masalah seperti kerosakan prasarana menggunakan peranti pintar yang dimiliki. Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau berharap aplikasi ini bukan sahaja dapat mempercepatkan proses pengaduan masalah malahan tetapi turut akan membuatkan proses penyelesaian masalah lebih efektif.

Rakyat-Responz-Aplikasi-1Selain melakukan aduan, pengguna turut boleh menyampaikan pertanyaan, cadangan dan penghargaan kepada agensi kerajaan serta pihak berkuasa tempatan. Setiap aduan diterima akan diberikan tempoh 15 hari untuk diselesaikan oleh pihak yang berkenaan. Pengguna boleh juga memuat naik gambar dengan setiap aduan yang dilakukan. Buat masa ini Rakyat Responz hanya boleh dimuat turun oleh pengguna Android. Peranti harus menggunakan sekurang-kurangnya Android Jelly Bean. Anda boleh memuat turunnya menerusi pautan di bawah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd