Bandai Namco merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam arena permainan video. Hari ini, bersempena dengan Casual Connect Asia, mereka telah berkongsi beberapa perkara dan perkembangan syarikat mereka. Salah satu perkara yang turut disentuh oleh pihak Bandai Namco adalah perancangan untuk membuka pejabat di Kuala Lumpur pada tahun ini.
Pihak Bandai Namco masih tidak berkongsi lanjut mengenai apakah tugasan utama di pejabat Kuala Lumpur kelak, dan dimanakah ia akan terletak.
Seperti ramai sedia maklum, pembangun dan pereka-bentuk tempatan semakin mendapat perhatian ramai, apatah lagi dengan hasil kerja yang sangat mengagumkan. Baru-baru ini sendiri, salah satu syarikat tempatan telah berkongsi penglibatan mereka dalam pembangunan permainan Uncharted 4 yang mendapat pujian ramai pihak.
Mungkinkah dengan kehadiran Bandai Namco, kita akan melihat lebih banyak syarikat permainan dan multimedia lain yang memfokuskan kepada pasaran tempatan dan mendapatkan bakat dari Malaysia.