Cari @ Amanz

Xiaomi merupakan salah satu syarikat dari China yang menerima pelbagai maklumbalas positif untuk produknya daripada pengguna seluruh dunia. Kini, Hugo Barra melalui akaun Twitter beliau mengatakan mereka akan turut menghadirkan diri pada Google I/O dan menjadi sebahagian daripada acara berkenaan.

Bagi Hugo Barra sendiri, kehadiran ke Google I/O bukan sesuatu yang baru memandangkan beliau sebelum ini sering memperkenalkan pelbagai fungsi baru Android paad acara berkenaan. Namun, kehadiran jenama Xiaomi mungkin sedikit mengejutkan pengguna pada acara berkenaan.

Xiaomi IO

Daripada gambar teaser yang dikongsikan Hugo Barra, mereka memperlihatkan kemungkinan memperlihatkan peranti Android TV pada acara berkenaan.

Xiaomi sedia menceburi arena televisyen, tetapi lebih kepada menggunakan MIUI untuk antaramuka televisyen pintar mereka – sekaligus mengehadkan penawaran produk mereka kepada pasaran luar China. Sekiranya benar mereka mengumumkan produk berasaskan televisyen pada acara berkenaan, ia akan lebih ditujukan kepada pasaran antarabangsa, dan tidak mustahil kita melihat ia ditawarkan melalui Google Store seperti produk Nexus dan sebagainya.

Google I/O akan diadakan pada awal pagi Khamis kelak, dimana Google dijangka berkongsi pelbagai perkembangan baru produk dan perisian mereka kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd