Asus Hadir Dengan Video Promosi Untuk Zenfone 3 Yang Bakal Diperkenalkan

Asus Hadir Dengan Video Promosi Untuk Zenfone 3 Yang Bakal Diperkenalkan

Diterbitkan pada Mei 17, 2016 oleh .

Asus bakal menghadirkan diri pada Computex 2016 ini, dan mereka dijangka memperkenalkan sejumlah produk baru – termasuk kemaskini kepada keluarga telefon pintar Zenfone mereka. Terkini, bersempena dengannya, mereka turut telah mengeluarkan sebuah video promosi khusus untuknya.

Asus Zenfone 3

Melalui video ringkas yang diperlihatkan, ia secara kasar memperlihatkan rekaan premium daripada Asus, disamping turut memperlihatkan seumpama tiga variasi bakal diperkenalkan.

Telefon pintar Zenfone 3 pada tahun ini dijangka menggunakan cip pemprosesan daripada Qualcomm atau MediaTek berbanding Intel, dan dijangka akan dipasarkan bermula bulan Ogos. Sejumlah fungsi baru dijangka turut disertakan, termasuk sokongan USB Type-C dan juga pengimbas cap jari.

Asus menjadualkan acara mereka pada 30 Mei 2016 ini, dan seperti biasa turut dilihat akan menyiarkannya secara langsung melalui YouTube.


TIPS & ULASAN