Cari @ Amanz

WhatsApp telah sedia mengumumkan sebelum ini mereka akan menamatkan penawaran aplikasi WhatsApp untuk BlackBerry 10. Kini, dalam usaha memberitahu semua pengguna BlackBerry berkaitan dengannya, pihak WhatsApp menguji paparan notifikasi pada aplikasi WhatsApp terbaru.

WhatsApp BB10 Beta

Melalui kemaskini WhatsApp Beta untuk BlackBerry 10, kini WhatsApp memaparkan notifikasi mengatakan WhatsApp akan berhenti menyokong telefon pintar berkenaan selepas 31 Disember 2016 kelak.

Langkah ini mungkin diambil oleh WhatsApp memandangkan kos pembangunannya mungkin tidak selari dengan angka pengguna aplikasi berkenaan. Seperti ramai sedia maklum, pihak BlackBerry sendiri telah menghentikan pengeluaran produk baru berasaskan BlackBerry 10, dan lebih memfokuskan kepada produk berasaskan Android.

Mungkinkah selepas WhatsApp, lebih banyak pembangun aplikasi lain akan turut menghentikan sokongan mereka?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd