Penggunaan Nama Moto X Dilaporkan Akan Digantikan Dengan Moto Z

Penggunaan Nama Moto X Dilaporkan Akan Digantikan Dengan Moto Z

Diterbitkan pada Mei 18, 2016 oleh .

Pada tahun ini, kita telah melihat Sony beralih daripada penggunaan nama Xperia Z kepada Xperia X – dan kini Motorola pula melakukan sebaliknya. Kini, Motorola yang beroperasi dibawah payung Lenovo dilaporkan akan menggantikan penggunaan nama untuk telefon flagship mereka daripada Moto X kepada Moto Z.

Lenovo Moto X 2016

Pelbagai syarikat sering mengubah penggunaan nama untuk peranti mereka dalam usaha memberikan nafas baru, selain turut menyelarikan ia dengan program pemasaran mereka. Semalam, Moto G 2016 telah diperkenalkan yang mengekalkan penggunaan nama untuk generasi ke-4 – mungkin kerana nama Moto G sendiri selari dengan penawaran spesifikasi baik pada harga bajet.

Pihak Lenovo atau Motorola masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengan desas-desus baru ini, dan mungkin kita akan mendengarnya secara rasmi pada Lenovo Tech World yang dijadualkan pada 9 Jun 2016 kelak.


TIPS & ULASAN