Wanita Saudi Diceraikan Suami Di Malam Pertama Kerana Terlalu Asyik Menggunakan Peranti Pintar
Artikel Berkaitan

Wanita Saudi Diceraikan Suami Di Malam Pertama Kerana Terlalu Asyik Menggunakan Peranti Pintar

Diterbitkan pada Mei 18, 2016 oleh .

Perkahwinan ialah perkara serius yang perlu diambil serius. Sebagai mantan penulis Blogserius saya menyedari banyak cabaran perlu dilalui selepas berumah tangga. Bagi majoriti ianya kali pertama mereka duduk sebumbung dengan individu berlainan jantina. Kali pertama berkongsi tanggung jawab menguruskan kewangan dan apabila dikurniakan cahaya mata ia akan menjadi semakin mencabar. Penceraian ialah perkara yang dibenci oleh Allah tetapi kerap berlaku kerana tiada kesefahaman. Ia sepatutnya menjadi jalan akhir selepas gagal mencari penyelesaian yang baik.

Kahwin-Cerai-SMS-PEranti-2Di Saudi berlaku kes penceraian yang mengejutkan dan memalukan. Seorang suami menceraikan isteri beliau ketika malam perkahwinan gara-gara isteri terlalu asyik menggunakan peranti pintar. Menurut laporan Gulf News, si suami cuba untuk menjalankan hubungan intim dengan isteri pada malam pertama. Si isteri pula sibuk menjawab ucapan tahniah dari teman-teman yang diterima menggunakan peranti pintar. Suami naik berang dan bertanya sama ada kawan-kawan isteri lebih penting dari darinya. Apabila si isteri menjawab ya, si suami terus menceraikan isteri.Kes sudah dibawa ke mahkamah dan si suami masih bertegas untuk meneruskan penceraian walaupun dipujuk oleh ahli keluarga. Di Arab Saudi kes penceraian di kalang pasangan baru berkahwin dilaporkan sekitar 50 peratus.

Kepada pembaca Amanz yang masih bujang dan mahu berkahwin, nasihat kami hanya satu. Hubungan antara suami isteri itu 1000 kali ganda lebih harus dijaga dari hubungan dengan kawan-kawan terutamanya yang hanya dikenali di atas talian. Perkahwinan ialah tanggung jawab jangka panjang, kawan mungkin hanya bertahan beberapa tahun. Anda sudah cukup dewasa untuk tahu yang mana lebih memerlukan keutamaan.


TIPS & ULASAN