Giliran Samsung Galaxy S7 Active Berwarna Emas Pula Tertiris

Giliran Samsung Galaxy S7 Active Berwarna Emas Pula Tertiris

Diterbitkan pada Mei 18, 2016 oleh .

Dengan Galaxy S7 Active, Samsung mensasarkan golongan pengguna yang mahukan peranti yang lebih tahan lasak berbanding S7 edisi biasa. Gambar peranti ini sudah tertiris beberapa minggu yang lalu dan menerima reaksi yang bercampur-campur dari pembaca Amanz. Ada yang merasakan rekaannya terlalu buruk. Ada juga yang merasakan rekaan tidak penting asalkan ia mampu berfungsi dengan baik walaupun selepas “didera” pemilik.

Galaxy-S7-Active-GOLD-tertirisSebuah lagi gambar Galaxy S7 Active tertiris dan sekali lagi dari raja tiris @evleaks. Kali ini versi berwarna emas pula dilihat. Harus diakui ianya langsung tidak menarik minat kami. Sekiranya ini ialah skema warna akhir dan bukannya peranti prototaip kami tidak tahu siapkah akan membeli peranti yang agak hodoh ini. Adakah anda bersetuju dengan pendapat kami?


TIPS & ULASAN