Cari @ Amanz

Laman web trailer permainan video yang amat popular Gametrailers ditutup Februari yang lalu. Ia memulakan operasi sejak 2002 tetapi terpaksa dihentikan kerana tidak mampu bersaing dengan YouTube. Laman ini kini diambil alih oleh IGN dan kesemua video yang pernah mereka hasilkan akan terus mampu diakses oleh peminat.

Berita buruk di sini ialah mereka hanya mengambil alih aset tetapi laman Gametrailers.com akan terus ditutup. IGN hanya akan mengendalikan laman YouTube GameTrailers dan terus memuat naik video yang berkaitan serta kandungan-kandungan klasik. Sebagai peminat GameTrailers dan siri Retrospective mereka ini ialah berita yang menggembirakan kami. Kandungan yang mereka hasilkan adalah amat berkualiti dan sekiranya anda meminati sejarah permainan komputer, siri Retrospective yang kami katakan sebelum ini harus anda tonton. Selamat kembali Gametrailers.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd