Cari @ Amanz

Peranti Apple terkenal dengan rekaan yang menarik, kestabilan sistem operasi dan kamera yang baik. Sehingga kini ia dijadikan penanda aras sebagai peranti yang perlu dikalahkan oleh peranti-peranti lain di pasaran. Sungguhpun begitu dari segi spesifikasi dan fungsi iPhone kini sudah ketinggalan berbanding peranti-peranti utama Android. Skrin masih lagi hanya resolusi retina sedangkan pesaing ada yang menyentuh 4K. Sebuah lagi fungsi wajib ada yang masih belum disokong ialah pengecasan tanpa wayar.

iphone-6-SE-kitFungsi ini dijangka akan akhirnya wujud pada iPhone seawal 2017. Apple sudah mula mengambil beberapa pakar di dalam teknologi pengecasan tanpa wayar uBeam sejak empat bulan yang lalu. Teknologi uBeam berbeza dari pengecasan tanpa wayar yang lain kerana ia tidak memerlukan peranti diletakkan di atas pad pengecasan. Sebaliknya dengan menggunakan teknologi ultrasonik, peranti dicas secara tanpa wayar apabila ia menghampiri pengecas. Ini ialah teknologi pengecasan tanpa wayar sebenar. Sekiranya ia digunakan pada iPhone ia adalah inovasi seterusnya di dalam dunia pengecasan peranti.

uBeam mengingatkan kami kepada teknologi Wi-Power yang dibangunkan oleh Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST) dua tahun yang lalu. Wi-Power mampu membekalkan kuasa elektrik kepada 40 peranti pintar dan alatan elektrik seperti TV tanpa menggunakan sebarang palam kuasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd