Slogan jangan memandu sambil mabuk kini kami rasakan lebih baik digantikan dengan slogan jangan memandu sambil menggunakan peranti. Pernah sekali kami melihat seorang penunggang motosikal melayan WhatsApp ketika di lebuhraya MEX. Kepala memandang ke bawah sambil motosikal bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam. Angkat tangan sekiranya anda tidak pernah menggunakan peranti ketika memandu. Jika anda mengangkat tangan kami yakin anda berbohong!
Ini memang tidak dielakkan kerana menggunakan peranti ialah sejenis ketagihan. Pastinya ada cara yang boleh mengurangkan gangguan ketika memandu. Continental, syarikat yang terkenal dengan penghasilan tayar menghasilkan konsep stereng kereta dengan pad sesentuh terbina. Dua pad sesentuh lutsinar ini digunakan untuk mengawal pelbagai sistem di dalam kenderaan. Sistem audio, pendingin hawa dan juga peranti pintar dapat dikawal tanpa tangan meninggalkan stereng.
Pad sesentuh dipilih kerana pengguna sudah biasa menggunakannya pada peranti pintar. Ia juga lebih serbaguna berbanding sistem butang yang wujud pada stereng kenderaan di pasaran. Pada waktu yang sistem paparan kelajuan (dashboard) kenderaan juga kini menggunakan sistem LCD. Segala kawalan yang dilakukan akan dipaparkan sebagai skrin ini. Bukan sahaja tangan pemandu kekal pada stereng, mata pemandu juga masih terus boleh memandang ke hadapan semasa menggunakan sistem audio. Kesemua ini masih lagi prototaip. Tetapi sekiranya digunakan pasti dapat mengurangkan kelalaian ketika memandu.