Cari @ Amanz

Kamera litar tertutup dicipta oleh Siemen pada tahun 1942 bagi memantau pelancaran roket V2 milik Nazi ketika Perang Dunia Kedua. Dari penggunaan ketenteraan kamera ini kini sudah boleh dimiliki oleh individu bagi tujuan memantau keselamatan rumah. Di Malaysia rakaman kamera litar tertutup kerap menjadi viral seperti video suspek kes pembunuhan adik Nurin Jazlin. Di dalam video tersebut kualiti rakaman adalah kurang jelas.

Kamera-litar-tertutup-1Ini sedikit sebanyak menyebabkan suspek sukar dikenalpasti apakan lagi ditangkap. Kementerian Dalam Negeri ini bercadang untuk menggunakan kamera litar tertutup dengan sistem pengenalan wajah. Cadangan dilakukan selepas kerajaan melihat peningkatan jumlah jenayah ragut sebanyak 48.7% di dalam empat bulan pertama 2016.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kamera sedia ada tidak memadai untuk mencegah jenayah seperti ini. Dengan kamera dengan sistem pengenalan wajah, ia boleh mengenalpasti penjenayah secara automatik dan menghubungi pihak berkuasa dengan segera sebelum jenayah dilakukan. Wajah suspek baru juga dengan mudah dapat dimasukkan ke pangkalan data pihak polis. Sekiranya teknologi dapat mengurangkan jenayah, kami menyambut baik cadangan Kementerian Dalam Negeri ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd