Kamera Dengan Sistem Pengenalan Wajah Mungkin Digunakan Bagi Mengurangkan Jenayah

Kamera litar tertutup dicipta oleh Siemen pada tahun 1942 bagi memantau pelancaran roket V2 milik Nazi ketika Perang Dunia Kedua. Dari penggunaan ketenteraan kamera ini kini sudah boleh dimiliki oleh individu bagi tujuan memantau keselamatan rumah. Di Malaysia rakaman kamera litar tertutup kerap menjadi viral seperti video suspek kes pembunuhan adik Nurin Jazlin. Di dalam video tersebut kualiti rakaman adalah kurang jelas.