Khairy : Syarikat Kecil Mungkin Perlu Dikecualikan Dari Cukai Perniagaan Atas-Talian

Khairy : Syarikat Kecil Mungkin Perlu Dikecualikan Dari Cukai Perniagaan Atas-Talian

Diterbitkan pada Mei 18, 2016 oleh .

Ketika melancarkan program Jom Belajar Koding hari ini, Khairy Jamaluddin turut menyentuh secara ringkas berkenaan salah satu topik hangat yang diperkatakan semalam, iaitu berkaitan dengan perniagaan atas-talian yang akan dikenakan cukai.

Khairy Jamaluddin

Bercakap mengenainya, Khairy mengatakan mungkin kerajaan perlu menetapkan sebuah had pendapatan sebelum mengira cukai untuk sesuatu syarikat berkenaan dan bukan untuk semua. Dengan ini, ia sekaligus akan lebih memupuk kehadiran syarikat-syarikat digital yang baru dibangunkan pengguna tempatan dan hanya perlu membayar cukai selepas mereka menjana pendapatan yang diperlukan.

Buat masa ini, kajian mengenai cukai untuk perniagaan atas-talian sedang dilakukan dan mungkin dikongsikan oleh Kementerian Kewangan dalam masa terdekat kelak.


TIPS & ULASAN