Cari @ Amanz

Tingkap pada pesawat penumpang adalah kecil. Portal yang hanya sebesar beberapa inci menjadi tingkap kepada penumpang untuk melihat dunia dari ketinggian ribuan meter. Saiz tingkap pada pesawat adalah kecil bagi memastikan struktur pesawat sentiasa teguh. Rekaan tingkap yang salah adalah penyebab mengapa pesawat jet penumpang pertama dunia de Haviland Comet terhempas secara pukal lebih 60 tahun yang lalu. Selain melemahkan struktur pesawat, tingkat menambah berat pesawat yang mengakibatkan penggunaan minyak yang tinggi.

Embraer-Lineage-1000-tingkap-1

Embraer, pengeluar pesawat dari Brazil mempunyai idea gila yang meletakkan tingkap dari dinding hinggalah ke bumbung pesawat. Penumpang boleh mendapat pemandangan hampir 360 darjah ketika menaiki pesawat. Tingkap boleh digelapkan menggunakan sistem penggelap elektronik jika diperlukan. Buat masa ini sistem tingkap terbesar pada kapal terbang ini hanya ditawarkan kepada pemilik pesawat peribadi Lineage 1000. Embraer menegaskan struktur pesawat masih lagi selamat sungguhpun dilengkapi tingkap yang hampir sebesar pintu masuk pesawat biasa ini. Harga jualan setiap Lineage 1000 bermula dari $53 Juta (~RM 214 Juta) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd