Cari @ Amanz

Beberapa desas-desus telah hadir sebelum ini mengatakan Microsoft akan menjual bahagian telefon bimbit [feature phone] kepada pihak Foxconn. Hari ini perkara berkenaan disahkan, dan Microsoft akan menjualnya pada nilai USD$350 juta (~RM1.417 Bilion). Ia akan dijual kepada FIH Mobile, iaitu salah satu subsidiari milik Foxconn.

Nokia 215

Dengan penjualan ini, ia akan membolehkan pihak Foxconn melalui subsidiari mereka berkenaan menghasilkan telefon bimbit berjenama Nokia yang meliputi siri Asha, Series-40 dan juga Nokia X.

Jenama Nokia boleh digunakan pada telefon bimbit ini sehingga tahun 2024 kelak, dan masih ramai yang mengenali akan jenama Nokia dipasaran negara-negara membangun. Sebahagian daripada pengambil-alihan juga adalah kilang Microsoft Mobile Vietnam serta lebih kurang 4,500 pekerja yang akan menyertai FIH Mobile.

Walaupun menjual bahagian telefon bimbit ini, Microsoft menekankan mereka akan terus membangunkan Windows 10 Mobile seperti biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd