Uber Memperkenalkan Trip Tracker – Membolehkan Anda Memantau Dimanakah Ahli Keluarga Anda

Uber Memperkenalkan Trip Tracker – Membolehkan Anda Memantau Dimanakah Ahli Keluarga Anda

Diterbitkan pada Mei 18, 2016 oleh .

Uber telah memperkenalkan fungsi Family Profiles sebelum ini yang membolehkan ahli keluarga berkongsi satu kaedah pembayaran yang sama. Hari ini, fungsi berkenaan dikembangkan dan sebuah fungsi pelengkap baru diperkenalkan dinamakan sebagai Trip Tracker.

Uber Trip Tracker

Melalui Trip Tracker, ia secara automatik akan memaparkan notifikasi apabila sesiapa yang berdaftar dibawah Family Profiles anda mengambil Uber. Ia juga akan menawarkan anda untuk mengikuti perjalanan mereka dan mengetahui bila mereka telah sampai ke destinasi.

Bagi anda yang sedia menggunakan fungsi Family Profiles, anda boleh menikmati Trip Tracker ini dengan mengemaskini kepada aplikasi versi terkini.


TIPS & ULASAN