Cari @ Amanz

Google Memperkenalkan Google Assistant – Pembantu Peribadi Maya Yang Ingin Hadir Dimana-mana

Oleh Aman

Link Copied!

Google hari ini telah mengadakan acara tahunan mereka, Google I/O dan berkongsi lanjut mengenai apakah platform mereka akan tawarkan untuk tahun ini. Google dilihat memfokuskan kepada tema kecerdasan buatan dan juga pembelajaran mesin sepanjang pelbagai pengumuman produk baru mereka.

Google I/O 2016

Google memulakan acara mereka hari ini dengan memperkenalkan Google Assistant. Google Assistant dilihat sebagai naik-taraf kepada Google Now, tetapi dilihat lebih mesra pengguna dan memahami kaedah perbualan.

Google I/O 2016

Google sendiri mengatakan, melalui Assistant, kini setiap pengguna mempunyai “Google” mereka tersendiri, dan boleh berhubung dengannya menggunakan chat atau suara. Ia juga memahami bahasa manusia yang semulajadi dan tidak tertakluk kepada sebarang arahan suara tetap seperti pada Google Now.

Google Assistant ini akan diintegrasikan pada pelbagai produk Google, termasuk Google Home dan aplikasi permesejan Allo yang telah diumumkan hari ini.


Komen ()