Carian
Google Memperkenalkan Aplikasi Permesejan Allo Dengan Pelbagai Ciri Pintar
May 19, 2016 Aman

Dengan fokus terhadap pembelajaran mesin, Google telah memperkenalkan satu lagi aplikasi permesejan baru, dinamakan sebagai Allo. Google mengatakan Allo menggunakan pembelajaran mesin dalam menjadikan perbualan anda lebih mudah dan produktif.

Allo

Allo hadir dengan enjin pembelajaran mesin yang menawarkan fungsi Smart Reply seumpama pada Inbox. Melaluinya, ia menyemak perbualan pengguna dan memberikan cadangan balasan yang sesuai untuk mesej daripada rakan mereka. Allo juga boleh mempelajari kaedah seseorang pengguna membalas mesej dan memberikan balasan seumpamanya selepas mempelajari gaya seseorang pengguna.

Disamping itu, Allo juga turut menyertakan sokongan Google Assistant, membolehkan pengguna mendapatkan bantuan daripada Google pada bila-bila masa dengan mudah. Sebagai contoh, ketika berbual dengan rakan, pengguna boleh meminta cadangan tempat makan dan membuat tempahan terus dengan bantuan Google Assistant tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan.

Allo

Allo

Allo turut menyertakan mod Incognito seumpama pada Chrome, membolehkan mesej perbualan dipadam apabila pengguna menutup tetingkap mesej berkenaan.

Allo

Allo ini akan ditawarkan untuk pengguna Android dan iOS dalam beberapa bulan lagi, dan ia beroperasi berdasarkan kepada nombor telefon pengguna.

Komen